Wednesday, September 29, 2010

KIA FORTE

Kia FORTE 2.0 dilahirkan dlm kategori segment C iaitu sebaris dengan Honda Civic, Mitsubishi Lancer & Toyota Altis yang baru. Namun yang membezakan antara model2 ini, adalah perbezaan Harga yg terlalu ketara. KIA FORTE hanya RM93800.00 berbanding pesaingnya yg melebihi harga RM120K.

Berbaloikah memiliki KIA FORTE 2.0? Kalau berdasarkan ciri2 yg dimiliki dan harganya, saya rasa amat berbaloi. Ditambah lagi design luaran dan dalaman yang mengikut peredaran masa serta menampakan bentuk yg sporty. Namun jenama KIA atau Naza itu sendiri, membuatkan kita memikirnya untuk 2kali sebelum membelinya. Engine Kia terkenal dengan kenderaan yg menghirup minyak. Serta kualiti bagi model2 sebelum ini boleh dipertikaikan.

Apa yang membanggakan saya mengenai KIA FORTE ini adalah disebabkan penggunaan Push Start Button yg kebanyakan terdapat pada kereta mewah eropah seperti BMW ataupun Mercedes. Selain itu design dan ciri2 keselamatan yang terdapat pada kereta ini amat membanggakan, dan antara yang terbaik dlm kelasnya. Namun dari segi handling & pecutan Engine, Kia Forte sedikit ketingalan berbanding Civic, Altis & Lancer GT.

Dijana Engine berkuasa 1998 cc, mampu menghasilkan 154bhp & memecut sehingga 200kmj saya rasa itu sudah memadai dan sgt berbaloi dengan harganya yg sangat murah berbanding pencabarnya serta mempunyai design serta specsification yang canggih setaraf kereta Jepun yang lain.

Bagi saya 3.5 Star untuk KIA FORTE 2.0



No comments:

Post a Comment